7 Solar Lamp-post to be build in Conjunction with "Cleaner Greener Penang"

     

    Teh Yee Cheu menunjukkan tiang lampu solar yang berdiri di Taman Gottlieb.

    Memandangkan purata suhu setiap bulan di Negeri Pulau Pinang adalah 32 °C, jadi sini memang terdapat potensi untuk membangunkan “Kuasa Suria”.

     


     

    7 batang tiang lampu solar akan dibina di kawasan Tanjong Bunga.

    Selaras dengan inisiatif “Cleaner Greener Penang”, 7 batang tiang lampu solar berharga diantara RM5 ribu hingga RM10 ribu akan dipasang di kawasan Tanjong Bunga. Pada masa ini, banyak teknologi telah dikembangkan untuk menggunakan sinaran cahaya ataupun tenaga angin bagi menjana eletrik.

    ADUN Tanjong Bunga, Teh Yee Cheu berkata, tiang lampu yang akan dipasang bukan sahaja menggunakan papan penyimpan elektrik solar yang dapat menjimat tenaga elektrik , ia juga tidak akan mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.

    “Sehari tenaga yang dicerap ke dalam papan penyimpan elektrik solar , akan dapat menyokong tenaga yang diperlukan sepanjang 3 malam”.

    “Walaupun sekarang terdapat beberapa tempat sudah mula memasang tiang lampu solar, tetapi memandangkan ia memerlukan kos pemasangan dan kos penyelenggaraan yang amat tinggi, jadi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) masih tidak berhasrat untuk penggunaan tiang lampu solar bagi menggantikan tiang elektrik.

    Sebagai permulaan untuk melestarikan impian ini, Teh berkata tempat-tempat yang akan memakai tiang lampu solar termasuk Taman Permainan di Lembah Permai, Jalan Gajah dan sebuah kampung nelayan di kawasan Tanjong Bunga.