Kampung Tradisional Melayu Tanjung Tokong Tapak Warisan Melayu di Pulau Pinang
Kampung Melayu Tanjong Tokong telah pun wujud sebagai sebuah mukim semasa penubuhan bandaraya George Town pada tahun 1839. Ianya dikenali sebagai mukim 18. Lama sebelum itu Tanjong Tokong adalah sebuah petempatan nelayan Melayu tradisional yang terunggul di Tanah Melayu dengan kaedah penangkapan ikan laut dalam yang dikenali sebagai jermal. Kaedah penangkapan tersebut telah ada sebelum kedatangan British. Tanjong Tokong atau disebut sebagai Tanjong Tongkong sebelumnya dikenali sebagai Teluk Tikus kerana letaknya berhadapan dengan Pulau Tikus jelas terlakar dalam peta asal Pulau Pinang. Nama –nama kampung lain yang ada disekitarnya ialah Ujung Tanjong, Anjung Dangau, Daun Peringgit, Kampung Alur, Kampung Tembaga, Bagan Jermal dan Balik Batu.Ini menurut rakaman dalam ingatan warga tua Tanjong Tokong hasil penelitian penulis selama lebih 30 tahun. Wajah asal menunjukkannya sebagai sebuah petempatan Melayu tradisi sebelum tibanya pemodenan dan membuktikan penduduk Tanjong Tokong adalah bumiputera terawal yang meneroka kampung ini.Pemodenan yang membawa pembangunan komersial telah menghakis habis kampung-kampung Melayu pinggir laut. Disebut ”Kampung Gigi Air saperti kajian yang telah dilakukan oleh Prof Wazir Abdul Karim seorang pensyarah antropologi dari USM. Kadhijah Wendy dan Malcolm Wadd dalam bukunya Malaysian Pictoral 1400 memerihalkan:
In other parts of the country the Malays live in fishing villages that were built either on stilts above the water or along the coastal fringe such as in Charles Kleingrother’s view of Tanjong Tokong ,Penang 1906.In contrast at Kuala Lipis Pahang houseboats were used as they could adapt well changing river levels during floods” .Terjemahannya:
Di sesetengah tempat di negara ini orang Melayu membina rumah di atas pancang-pancang kayu di atas air atau di kawasan d gigi air di sepanjang pantai.Ini sebagaimana pemandangan yang ditunjukkan oleh Charles Keliengrother’s DI TANJONG TOKONG PADA TAHUN 1906.Keadaan ini berlawanan dengan suasana di Kuala Lipis.Di sana orang Melayu membina rumah perahu yang terapung dan dapat menyesuaikan dengan keadaan perubahan aras sungai akibat banjir.
Di antara bukti - bukti sejarah yang menunjukkan bahawa kampung ini telah wujud lebih daripada 200 tahun (1786-2008) dapat dikesan daripada tinggalan-tinggalan sejarah yang ada di atas tanah kampung.Di antaranya ialah batu-batu nisan tua di tanah perkuburan bukit Tanjong Tokong dan masjid asal. Dari segi syariat Islam tanah perkuburan dan masjid tidak akan dibina di atas tanah yang tidak sah kepemilikannya atau mengandung unsur subhat.Tanah tersebut biasanya diwakafkan dan hal ini merupakan perkara yang mesti diamalkan dalam rangka ibadah sejak zaman dahulu hingga kini.
Kesimpulannya hasil daripada pemodenan Kampung Tanjong Tokong, projek pembangunan tidaklah wajar menghilangkan yang tradisi malahan pembangunan harus menggabungkannya dalam kerangka Pembangunan yang seimbang dan lestari. Dalam pembangunan semula ada rumah tradisonal,rumah pangsa yang selesa, kompleks penjaja,runag rekreasi dan kompleks pelancongan yang berasaskan penyertaan penduduk. Dengan itu kita dapat membungunkan sumber daya insan dan budayanya. Agak pelik ,janggal dan terasing apabila pembangunan dijelmakan sebagai sebagai rimba bangunan dan keuntungan yang mengetepikanh sejarah,budaya dan penyertaan manusia yang hendak dibangunkan.Tanjong Tokong kaya dengan nilai tradisi yang apabila digarap dengan baik berpotensi menyumbang untuk menyemarakkan industri pelancongan saperti sukan tradisi sepakraga, permainan dam, wau dengung, seni bina rumah tradisi Nusantara, kuih muih dan makanan tradsional, seni perahu, pertandingan tarik tali, permainan boria, seni khat , alat penangkapan ikan dan sebagainya. Sebenarnya banyak aktiviti boleh dirangka di sini .Dengan kesungguhan impian alkan menjadi kenyataan SELAMATKAN KAMPUNG TANJONG TOKONG - WARISAN MELAYU TERKAKHIR ,TERBESAR DAN TERTUA SEMPENA PENGISYTIHARAAN GEOGE TOWN SEBAGAI BANDAR RAYA WARISAN DUNIA.