Program Gotong Royong Perdana “Cleaner Greener Penang”

    Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedang menjalankan beberapa siri program gotong-royong bertemakan “Cleaner Greener Penang” untuk membersihkan kawasan yang melibatkan masyarakat setempat, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

     

     

    Perasmian "Program Gotong-royong Perdana" di Straits Quay oleh YDP MPPP Patahiyah Ismail (Kiri) bersama YB Teh Yee Cheu (Kanan) dan Ahli Majlis Lim Cheng Hoe.

     

    Sesi senamrobik diadakan sebelum permulaan aktiviti gotong-royong.

     


     

    Kali ini, Gotong-Royong Perdana “Cleaner Greener Penang” telah diadakan di kawasan Tanjong Tokong hingga Tanjong Bunga bersama Jawatankuasa Penduduk Tanjong Bunga dan Tanjong Tokong, dengan menjalankan projek pembersihan dengan skala yang besar.

     

    YDP MPPP, Ar. Patahiyah Ismail berkata bahawa dalam pelan tindakan kebersihan yang dijalankan oleh MPPP akan dibahagi kepada 3 kod warna bagi menjamin kebersihan di sekeliling pulau ini.

     

    “3 kod warna terdiri daripada warna hijau, warna jingga dan warna merah. Warna hijau bermaksud tempat tersebut berada dalam keadaan bersih, warna jingga pula membawa maksud sederhana, manakala warna merah bermaksud dalam keadaan serius.”

     

    “Sebenarnya bukan semua tanah adalah hak milik MPPP, kerana ada yang di bawah pentadbiran Jabatan kerajaan lain ataupun hak milik swasta, tetapi masih ada orang membuangkan sampah ke atas tanah tertentu tanpa menghirau sesiapa yang memilikinya.” Katanya apabila menghadiri Program Gotong Royong Perdana.

     

    “Bagi menyelesaikan masalah kebersihan, pembahagian kod warna dalam pelan tindakan akan dijalankan dengan secepat mungkin.”

     

    Dalam ucapan penganjur program Ahli Majlis Lim Cheng Hoe, beliau menyatakan bahawa objektif menganjur program adalah memupuk semangat bergotong-royong dan menyumbang tenaga di kalangan masyarakat berbilang kaum demi memelihara kebersihan dan kehijauan Pulau Pinang.

     

    “Selain itu, kita juga berharap dapat mengembalikan semula sinar Pulau Mutiara sebagai satu destinasi pelancongan utama di dunia.”

     

    ADUN Tanjong Bunga YB Teh Yee Cheu berharap melalui aktiviti kebersihan dapat melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab rakyat untuk menjaga alam sekitar, serta mendidik masyarakat pelbagai peringkat umur mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

     

    Program yang padat dengan pengisian itu telah melibatkan melebihi 1200 orang peserta. Lebih menarik lagi, program ini juga turut melibatkan pelajar sekolah rendah, pekerja kilang Dell dan pekerja perhotelan yang turut bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.

     

    Pada waktu yang sama, satu kempen penanam pokok teduhan turut dijalankan di pantai Copthorne Orchid Hotel. Sejumlah 50 pokok telah disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, antaranya termasuk pokok “penang laut” dan “tecoma”.

     

    kraftangan yang berkonsep "kitarsemula" telah dipamerkan.

    YDP MPPP Patahiyah Ismail (kiri sekali) dan YB Teh Yee Cheu bertungkus-lumus menanam pokok pada program gotong-royong.