PATI takut kena tangkap Tanjung Bungah

Setelah Aduan dibuat oleh JKKK Tanjung Bungah terhadap agensi berkenaan Rumah Pendatang Asing (PATI) di belakang Balai Nelayan Tanjung Bungah sekarang telah pun dikosongkan. PATI yang tinggal disitu sudah lari takut ditangkap oleh agensi yang berkenaan.

 

 


 

Rumah Setinggan disewa kepada pendatang asing yang tidak ada permit berkerja semakin hari semakain ramai disini di (Belakang Balai Nelayan Tanjung Bungah).Rumah Setinggan itu sudah tidak dihuni lagi oleh pemilik tersebut .Mengapa kerajaan terutama Pejabat Daerah Timur Laut atau JPS tidak mengambil tindakan tegas merobohkan rumah tersebut seperti gerai haram yang tidak berdaftar kepada MPPP atau membiarkan pendatang asing dirikan pondok di kawasan tersebut.Minta penjelasan Pejabat Daerah Timur Laut.

Hasil siasatan yang dilakukan didapati bahawa rumah-rumah tersebut merupakan rumah sedia ada untuk satu jangka masa yang sudah lama seperti rumah-rumah lain yang sedang didiami sekarang.Buat masa sekarang pentadbiran ini tidak mempunyai perancangan untuk merobohkan binaan-binaan lama yang sedia ada di kawasan itu. Isu pendatang Asing telah dihantar kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih.