Maklumat Harta Seksyen 140, Akta Kerajaan Tempatan 1976

    MPPP dalam proses menyediakan Senarai Nilaian Baru 2015 dan telah menghantar borang penyata maklumat harta secara berperingkat sejak Okt 2013. 

    Pemilik2 premis dikehendaki mengisi borang tersebut dan kembalikan borang itu ke Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Tingk as 12, Komtar ataupun faks ke 04-2633763.

    Borang juga boleh diisi secara online di http://www.mppp.gov.my/dibawah tajuk Penyata Maklumat Harta Cukai Taksiran.

    Sebarang pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada 04-2592266 ataupun emel penilaian@mppp.gov.my

    Apa itu kadar?

    Kadar juga dikenali sebagai cukai taksiran atau cukai pintu. Ia adalah satu bentuk cukai yang dikenakan oleh MPPP ke atas pegangan dalam kawasan MPPP yang berdasarkan nilai tahunan dan kadar peratus tahunan. Cukai taksiran ini dikenakan kepada semua jenis pegangan iaitu bangunan atau tanah kosong.

    CUkai taksiran merupakan sumber hasil utama bagi Majlis di mana ia menyumbangkan 51% hingga 76% dari jumlah hasil Majlis dan ia digunakan untuk membiayai 50% hingga 74% jumlah perbelanjaan Majlis.

    Apa itu pegangan?

    Pengangan ditafsirkan sebagai:-

    Tanah - Kosong atau dengan bangunan belum siap

    Bangunan - Rumah, pondok, shed atau kepungan beratap, tangki najis, tangki dibawah tanah, pondok telefon, dermaga, jeti, kolam renang, papan iklan dan lain-lain lagi.

    Pengecualian Kadar

    Semua pegangan boleh dikenakan kadar kecuali:

    a) i) tempat awam untuk sembahyang,

       ii) kubur atau krematorium awam berlesenm

      iii) sekolah awam dan

      iv) tempat awam bagi maksud khairat, sains, sastera atau seni halus. (S.134, Akta 171) &

    b) digunakan semata-mata untuk maksud rekreasi, sosial atau kebajikan dan bukan untuk mendapat keuntungan wang (S.135, Akta 171)

    Â