Penang Green Council: Karnival Hijau Pulau Pinang

     

    https://www.facebook.com/pgigc

     

    Acara tahunan Penang Green Council: Karnival Hijau Pulau Pinang kembali lagi! Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia, Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 akan diadakan pada 13 dan14 Jun bertempat di Tingkat LG, 1st Avenue Georgetown, Pulau Pinang dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

     

    Karnival ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan membangunkan minat yang semakin meningkat di kalangan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih hijau dan lebih mampan. Dengan niat menjadikannya Hari Keluarga dengan program-program pendidikan yang berinspirasi, Karnival Hijau Pulau Pinang berfungsi sebagai sebuah platform kreatif bagi orang ramai mencari penyelesaian inovatif melalui perbincangan dan perkongsian idea. Pada tahun 2015, fokus pameran Karnival Hijau Pulau Pinang beralih daripada pihak komersial kepada pihak berkepentingan bukan komersial contohnya NGO, NPO dan CBO bagi meningkatkan intipati masyarakat memberikan kuasa kepada masyarakat supaya hidup dalam kehijauan. Acara ini bertujuan untuk mempengaruhi orang ramai, terutamanya golongan berkeluarga dan remaja bagi memupuk tingkah laku positif ke arah menghijaukan alam sekitar.

     

    Mengenai Tema – Kekalkan Makanan Kita!

     

    Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meramalkan sekiranya populasi global mencapai 9.1 bilion menjelang tahun 2050, pengeluaran makanan sedunia perlu ditingkatkan sebanyak 70% manakala pengeluaran makanan  di negara membangun perlu digandakan. Unjuran peningkatan 70% dalam pengeluaran makanan harus mengatasi cabaran seperti kenaikan harga tenaga, penurunan akuifer bawah tanah, kehilangan berterusan tanah ladang dan peningkatan kes kemarau dan banjir akibat daripada perubahan iklim. Populasi dunia semasa: 7.3 bilion (Feb 2015).

     

    ‘Kekalkan Makanan Kita’ adalah tema utama Karnival Hijau Pulau Pinang 2015.  Tema ini memberi fokus kepada sistem makanan global dan tanggungjawab kita dalam mengekalkan rantaian makanan yang seimbang dan mampan dalam senario perubahan iklim.

    (1)   Jumlah pembaziran makanan di seluruh dunia adalah menakjubkan. Di Malaysia, setiap hari kita menghasil dan menghantar 8000 ton sisa makanan ke tapak perlupusan, sedangkan kuantiti pembaziran ini cukup untuk diberi makanan kepada 6 milion populasi.

    (2)   Keputusan penyelidikan menunjukkan bahawa kadar pengeluaran makanan semasa tidak mencukupi populasi global pada 2050. Ini akan menjadi lebih teruk apabila cuaca yang drastik berlaku contohnya kemarau dan musim hujan yang berlanjutan. Ini akan memberi impak secara langsung terhadap hasil tanaman.

    (3)   Gabungan peningkatan kadar penyejat peluhan dalam iklim yang lebih panas, kehilangan kelembapan tanah, corak taburan hujan, pencemaran laut serta pemburuan tanpa kawalan boleh menjejaskan hasil tanaman dan perikanan. Sejajarnya, kita perlu menanggu kos yang lebih tinggi kerana hasil semakin kurang dan harga makanan semakin tinggi.

     

    Sistem makanan global dan sistem ekologi seumpamanya satu persamaan. Kedua-dua sistem perlu diseimbangkan supaya kekal stabil. Kita berada di tahap penentuan dimana manusia berupaya untuk menentukan perubahan alam sekitar. Kita bertanggungjawab bagi mengekalkan keseimbangan sistem ini. Karnival ini memberi peluang kepada kita untuk merenung balik dan mencari jalan penyelesaian bagi mengekalkan sistem makanan dan persekitaran kita. Tabiat dan pilihan gaya hidup adalah penting untuk memastikan kemampanan sistem makanan dan kesihatan bumi.

     

    Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 memberi tumpuan kepada makanan dan bagaimana pilihan gaya hidup boleh menjejaskan sistem makanan dan persekitaran. Ia akan menampilkan siri program kesedaran, permainan dan pertandingan, pameran, ceramah dan perbincangan, dan sebagainya. Tema utama ‘Kekalkan Makanan Kita’ mempunyai tujuh sub-topik yang ditawarkan kepada peserta pameran dan pengunjung. Sub-topik yang berkenaan adalah: Pertanian & Akuakultur, Pertanian Organik,  Pertanian Perbandaran, Pemakanan dan Kesihatan, Diet Karbon Rendah, Kelestarian Rantaian Makanan dan Makanan Modifikasi Genetik. Dari segi pameran, kami telah menyediakan beberapa pakej gerai yang menarik untuk disesuaikan dengan peserta dari kategori yang berlainan. Pendaftaran sebelum 31 Mac layak menerima diskaun sehingga 30%! Layari laman sesawang: http://pgigc.com.my/2015/exhibitors/ untuk menikmati keistimewaan ini sebelum tarikh tutup pada 30 April 2015.

     

    Aktiviti

     

    Program pra-karnival seperti Uji bakat Idola Hijau Pulau Pinang dan Kempen Diet Karbon Rendah akan bermula pada bulan April. Idola Hijau Pulau Pinang merupakan pertandingan pengucapan awam untuk para belia berumur antara 9 hingga 25 tahun, bagi menyuarakan idea-idea bernas mereka berhubung isu-isu alam sekitar dan penyelesaiannya. Sementara Diet Karbon Rendah adalah salah satu daripada sub-topik yang ditawarkan, kempen dengan tajuk yang sama mensasarkan kedai makanan dan minuman di Pulau Pinang untuk turut menyertai kempen ini demi mengurangkan jejak karbon. Dengan menawarkan menu diet karbon rendah, mereka yang mengambil bahagian dalam kempen ini akan diberi rekabentuk penjenamaan tanpa caj bagi membantu mempromosikan Diet Karbon Rendah dan juga publisiti percuma untuk kedai-kedai yang menyertai kempen ini.

     

    Kami juga telah menyediakan maklumat berguna melalui sesi interaktif seperti ceramah - Sundae Talks dan bengkel bersiri untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Untuk menggalakkan lagi tema karnival, penceramah yang berpengetahuan dan berpengalaman luas berhubung tema ini telah dijemput bagi berkongsi maklumat dengan orang ramai tentang bagaimana menjadikan rantaian makanan dan bumi kita lebih mampan. Selain itu, kami juga akan mengadakan bengkel memasak kanak-kanak pada julung kali- ‘Saya Chef Hijau Muda’ semasa Karnival Hijau. Pendaftaran adalah terbuka kepada kanak-kanak berusia 7-12 tahun.

     

    Semua aktiviti sedia menantikan penyertaan orang ramai, pendaftaran adalah Percuma! Orang ramai digalakkan untuk membuat pra-pendaftaran di http://pgigc.com.my/2015/activities/ kerana penyertaan setiap sesi adalah terhad. Sertai kami melalui pendaftaran atas talian bagi menerima hadiah misteri.

     

    Penganjur Bersama

    Pada tahun ini, selain daripada Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) dan Green Building Index Sdn Bhd (GBI) dengan sukacitanya kami mengalu-alukan penganjur bersama baru, 1st Avenue Penang. Kumpulan pengurusan 1st Avenue Penang telah memberikan sokongan dalam menganjurkan pra-acara, publisiti, tempat dan urusan logistik. Kami amat berterima kasih kerana 1st Avenue Penang kini sebagai salah satu penganjur bersama aktiviti pada tahun ini.

     

    Kenyataan Akhbar oleh Teh Yee Cheu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah merangkap Pengerusi Penganjur Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 pada 17 Mac 2015.

     

     

    Hubungi kami:

    Penang Green Council (PGC Strategies Sdn Bhd)

    Alamat:

    Tingkat 46, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel: +604-2503321/3322

    Faks: +604-2503323

    Email: info@pgc.com.my

    Website: www.pgc.com.my

     

     

    __________________________________________________________________________________________________________________________________________________

     

     

    槟州绿色机构年度活动,槟州绿色嘉年华又卷土重来了!为配合世界环境日,2015年槟州绿色嘉年华将于6月13日及14日,早上10时至晚上10时,在槟城第一大道购物广场(1st Avenue)地下层展开。

     

    此嘉年华旨在提高民众醒觉及启发民众兴趣,以打造绿意且永续的生活环境。秉持着为让民众提供更具教育意义及启发性的家庭日,2015年槟州绿色嘉年华将会是一个有活力且具创意的平台,让民众通过讨论及意见交流,来寻找创新解决方案。

     

    今年,槟城绿色嘉年华将改变其展览重点, 将其转移到非政府组织,非营利组织和社区组织,以强化人们、驱动及赋权人民打造绿色生活的能力。这活动的目的是希望通过家庭和青年,影响每个人,以灌输绿色概念及提倡环保行为。

     

    关于主题 : 粮食永续,留一口饭给子孙

     

    联合国粮食及农业组织(FAO)预测,目前全球人口达73亿,如果全球人口在2050年达到91亿,那么全球粮食产量则必须随着增加70%。而发展中国家的食粮产量更是必须双倍增加。这70%食粮产量的增长,必须是能够克服下列问题: 能源价格上涨、地下蓄水层枯竭不断增加、 因城市化而导致耕地不断流失、及因气候变化而导致的干旱和水灾情况。(2015年2月)。

     

    我们的主题《粮食永续,留一口饭给子孙》着重于全球面对气候变化下的粮食体系,以及我们必须对维持永续食物链的责任。

    (1)全球的食物浪费数量是惊人的。我国虽以美食天堂为荣,人民每天却制造8000吨的食物垃圾,这些食物足以喂饱600万人口,但我们却把它们丢到土埋场。

    (2)研究显示,现有的粮食生产率到了2050年是不足以养活全球人口的。极端的气候如:持续旱季或雨季,都导致这情况恶化。这将对农作物产量带来直接影响。

    (3)农作物、渔产产量也面对因海洋污染、过度猎捕、气候暖化、水源蒸散速度加快、土壤湿度流失、降雨模式改变而导致产量减少。我们需要投入更高的生产成本,以致粮食越来越贵,最终出现恶性循环。

     

    全球粮食系统和生态系统就像一个方程式。两个系统必须保持平衡,进而达到稳定。我们都处在环保进程的转捩点,人类能做出有效的改变。人人都有责任维持这两个系统的平衡。这嘉年华提供我们一个机会让我们反思,并寻找解决方案以便让我们的粮食体系和环境得以永续。我们所选择的生活习惯和方式,与确保永续性的粮食供应供应和环境健康是息息相关的。

     

    2015年槟州绿色嘉年华专注于食物以及我们选择的生活方式会如何影响到粮食系统和环境。届时将有一系列的提高醒觉活动、游戏及比赛、展览、讲座会等等。关键主题《粮食永续,留一口饭给子孙》涵盖了7个为参展者及到访者而设的小主题。其中包括:农业及水产养殖、有机农业、城市农业、营养与健康、低碳饮食、永续性食物链以及基因改造食物。在展览方面,我们准备多个吸引人的参展配套,以符合来自不同组别的参展者的要求。在3月31日前登记者将可获得高达30%的折扣优惠价!在截止日期(2015年4月30日)前浏览http://pgigc.com.my/2015/exhibitors/ ,以享受更多优惠。

     

     

    活动

     

    我们的嘉年华热点活动包括:槟州绿色偶像演说大赛及低碳饮食活动将在4月份揭开序幕。槟州绿色偶像演说大赛是一项公开给9岁至25岁青少年的公开演讲比赛,旨在对环保课题及解决方案来提出他们的想法。低碳饮食是7个小主题之一,主要是针对槟州饮食业者,鼓励他们加入这行列来减少碳足迹。通过介绍低碳饮食菜单,这项活动参与者将会免费获得品牌设计,在推广低碳饮食的同时还可免费宣传他们的食肆。

     

    我们也为大人及小孩准备了内容丰富的互动环节,如小型讲座和工作坊系列。为了更深入地介绍我们的主题《粮食永续,留一口饭给子孙》,我们将邀请嘉宾们通过轻松的方式,透过他们渊博的知识和经验与民众分享如何让食物链及地球母亲能够更永续。此外,我们也将首次举办儿童烹饪工作坊,《我是绿色小厨师》。这项活动公开给7岁至12岁儿童。

     

    以上活动都公开给民众参与,免费登记!基于每个环节可容纳的人数有限,民众可先到http://pgigc.com.my/2015/activities/ 进行预先登记,以免向隅。预先登记者将会收到一份神秘礼物。

     

    协办单位

     

    今年,除了马来西亚绿色建筑联盟(MGBC)以及绿色建筑指标有限公司(GBI)之外,槟城第一大道购物广场(1st Avenue Penang)也加入我们的协办行列。第一大道购物广场管理层在嘉年华前期活动、宣传活动、场地及地勤安排方面,都给予积极的支持。我们非常感谢第一大道购物广场在今年加入我们的行列。

     

     

    (丹绒武雅区州议员兼2015年槟州绿色嘉年华筹委会主席郑雨周于2015年3月17日发表的文告)

     

    联系我们

    Penang Green Council (PGC Strategies Sdn Bhd)

    Address:

    Tingkat 46, KOMTAR, Pulau Pinang 10503 Malaysia.

    Tel: +604-2503321

    Fax: +604-2503323

    Email: info@pgc.com.my

    Website: www.pgc.com.my