Persatuan Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah akan turut sertai program

     

    Majlis Pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok akan di adakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh : 22 April 2010 (Khamis) 8.30 pagi bersamaan dengan 7 Jamadil Awal 1431 Hijrah

    Tempat : Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

     

    Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Kempen ini merupakan usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia menanam pokok seterusnya meningkatkan kesedaran kearah menghijaukan bumi.

     


     

    Tema : " HIJAUKAN BUMI : SATU WARGA SATU POKOK"

    Theme : " GREENING THE EARTH : ONE MALAYSIAN ONE TREE"

    Persatuan Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah akan turut serta program tersebut.Persatuan Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah telah menanam Pokok Nyior sudah 100 pokok disekitar pantai Tanjung Bungah dan akan meningkat mengikut jadual perancangan. Kami memerlukan sumbangan pokok dari pihak kerajaan atau swasta untuk mengindahkan Pantai Tanjung Bungah.

    Sila hubungi S/usaha Persatuan Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah Puan Zarina S/M 019 4882705 atau Saiful 013 4401089 .