Terima Kasih Atas Perhatian
Surat penghargaan dari JKKK Tanjung Bungah kepada YB.Law Choo Kiang
YB.LAW CHOO KIANG
Kerajaan Pulau Pinang
YB.Exco
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. JKKK Tanjung Bungah amat berterima kasih atas kehadiran YB.Exco ke kawasan nelayan di Tanjung Bungah.Disamping itu pihak nelayan –nelayan Tanjung Bungah di kawasan bersebelahan Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah amat berterima kasih atas kehadiran YB .Exco meninjau secara lebih dekat masalah nelayan pada 14 Jun 2010 lalu dan perbincangan penyusunan semula nelayan di kawasan tersebut .
3. Untuk maklumat YB.Exco isu nelayan ceroboh tanah kerajaan bersebelahan pusat kegiatan air Tanjung Bungah notis dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Timur Laut pada 17 Ogos akan berjaya diselesaikan nanti atas sikap YB.Exco mengambil perhatian serius menyelesaikan masalah nelayan di kawasan ini.
4. Kehadiran YB.Exco dan Adun Kawasan Tanjung Bungah ke tempat kami amat kami hargai dan kami berharap penyusunan pondok nelayan moden yang ditunggu-tunggu oleh nelayan akan menjadi kenyataan ditempat ini , kami harapkan.
Sekian
“CEKAP ,AKAUNTABILITI,TELUS”
SAIFUL LIZAN MD YUSOFF
AZAHAR HASHIM(AJK JKKK TANJUNG BUNGAH)
HAJI ISMAIL DIN (WAKIL NELAYAN)
SK.
YB.Teh Yee Chew (Adun Tanjung Bungah)
YB.Liew Chin Tong (MP Bukit Bendera)
Pengerusi JKKK Tanjung Bungah