Latest Happenings

Oct
29-31
Taklimat Keharmonian Masyarakat kepada staf MPSP
Oct
GRPB Fasa 3 Kg Sg Chenaam
Sept
27
Bengkel Pemberdayaan Komuniti Siri 3
Sept
15
Taklimat Gangguan Seksual & Keganasan Rumah Tangga-MPPP
Aug
17
Pelancaran Kontrak Komuniti Pembersihan PPR Jalan Sungai

Hari Ibu dan Bapa PPR Ampangan, Ampang Jajar

    Hari Ibu dan Bapa PPR Ampangan, Ampang Jajar telah diadakan pada 2 Jun 2013 yang lepas. Tujuan program Hari Ibu dan Bapa PPR Ampangan tersebut diadakan adalah untuk menghargai nilai keibubapaan dalam sesebuah institusi keluarga serta menghargai inisiatif yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan Biro Wanita serta Biro Sukan & Rekreasi PPR Ampangan. Selain daripada itu, Hari Ibu dan Bapa tersebut juga diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara penduduk-penduduk di PPR Ampangan. Aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk sambutan tersebut memberi pertimbangan yang sewajar kepada semua kelompok yang berlainan dari segi jantina, umur dan OKU. Ini termasuk senaman aerobik, pemeriksaan kesihatan percuma, sesi motivasi dan pelbagai acara sukaneka.

    Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Puan Maimunah Mohd Sharif telah merasmikan pembukaan Hari Ibu dan Bapa PPR Ampangan yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang di PPR Ampangan, Ampang Jajar. Kehadiran Tuan Setiausaha Perbandaran MPSP dan Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta MPSP sebagai tanda sokongan dan menambah keceriaan upacara tersebut.

    Top