TASKA D’ KOMTAR
*Image credits to St.Mark Child Development Centre
PENDAFTARAN DIBUKA UNTUK TASKA D’ KOMTAR
Taska D’ Komtar adalah satu inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memberi kemudahan perkhidmatan pengasuhan kanak- kanak kepada kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan agensi-agensi di bawahnya. Taska D’ Komtar terletak di Tingkat 4, Komtar (di atas Kedai Watson) dan akan menawarkan perkhidmatan jagaan kanak-kanak bagi kanak-kanak antara umur 3 bulan sehingga 4 tahun.
Waktu operasi Taska D’ Komtar adalah daripada jam 7.00 pagi sehingga 6.00 petang , Isnin sehingga Jumaat, dan tutup pada semua cuti umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Taska D’ Komtar dijadualkan memulakan operasinya pada Khamis, 2hb Januari 2014.
Satu sesi Taklimat telah diadakan pada 19hb Disember 2013(Khamis) di Auditorium C, Tingkat 5 di KOMTAR untuk menjelaskan perkhidmatan yang disediakan oleh Taska D’ Komtar. Beberapa maklumat pendaftaran ke Taska D’ Komtar adalah seperti berikut:
1. Pemilihan
1.1 Keutamaan diberikan kepada kakitangan kerajaan Negeri Pulau Pinang dan agensi-agensi di bawah kerajaan Negeri Pulau Pinang, terutama dari golongan yang berpendapatan rendah
1.2 Disebabkan tempat terhad dan melibatkan sumbangan kewangan kerajaan negeri jadi hanya seorang (1) anak sahaja yang akan diterima daripada setiap unit keluarga (Jika masih ada tempat kemasukan anak kedua akan dipertimbangkan).
2. Yuran Bulanan
2.1 Yuran Bulanan di Taska D’ Komtar adalah seperti berikut:
Pendapatan Bulanan Isi Rumah (berdasarkan gaji pokok) (RM) |
Yuran Bulanan di Taska D’KOMTAR (RM) |
Lebih dari RM 3,000 |
380 |
Kurang dari RM 3,000 |
330 |
2.2 Keutamaan akan diberikan kepada keluarga dengan pendapatan bulanan isi rumah kurang RM 3,000 (< RM 3,000).
2.3 Pengiraan pendapatan bulanan isi rumah adalah berdasarkan gaji pokok ibu dan bapa (berdasarkan salinan slip gaji kedua-dua ibu dan bapa atau penjaga).
3. Pengambilan Masuk
Kanak – kanak berumur 3 bulan sehingga 4 tahun sahaja.
4. Waktu Operasi
7.00 pagi sehingga 6.00 petang ( Isnin sehingga Jumaat) , dan tutup pada semua cuti umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Borang Pendaftaran untuk kemasukan ke Taska D’ Komtar boleh didapati daripada pejabat PWDC di Tingkat 47. Semua Borang Pendaftaran yang lengkap diisi dengan dokumen-dokumen sokongan (termasuk slip gaji kedua-dua ibu bapa atau penjaga) haruslah dikembalikan kepada pejabat PWDC juga.
Tarikh tutup penerimaan Borang Pendaftaran adalah pada 24hb Disember 2013 (Selasa).