• Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All

Media Centre

UCAPAN PENGGULUNGAN OLEH YB CHONG ENG

    UCAPAN PENGGULUNGAN OLEH YB CHONG ENG,

    PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA DAN SUKAN, PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI

    MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA

    PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS  (MEI 2015)
     

    Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua,

    Ahli-ahli Yang Berhormat,

    Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan kepada ucapan Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas Negeri Pulau Pinang pada 30 April 2015 yang lalu dan juga isu-isu yang dibangkitkan terutamanya yang berkaitan dengan portfolio saya dibawah skop Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti. 

    A)        PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI

    Sejak sidang terakhir Dewan yang mulia ini pada November 2014, saya berbangga melaporkan bahawa pihak Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) telah berjaya mencapai impak dan kejayaan berikut : 

    1. Untuk tahun 2015, program Bajet  Responsif Gender dan Partisipatori (‘Gender Responsive Participatory Budgeting’ atau GRPB) PWDC sedang melangkah ke arena dan komuniti baru merentas Negeri Pulau Pinang. Ini termasuk kerjasama dengan MBPP untuk menaik taraf dan baikpulih pasar bersejarah Campbell Street Market di George Town dan Neighbourhood Park di Jalan Kenari, Sg. Ara, di samping dua projek baru di Sungai Pinang. Salah satu projek adalah berkaitan dengan pembangunan semula Kampung Selut yang melibatkan lebih daripada 200 buah rumah, dan satu lagi untuk merancakkan aktiviti pekerjaan dan perniagaan di Flat Taman Sri Pinang. Selain itu, melalui proses GRPB juga, PPR Jalan Sungai telahpun melaksanakan sebuah lagi Kontrak Komuniti (iaitu kontrak yang kedua) untuk keselamatan dengan MBPP sebagai tambahan kepada Kontrak Komuniti yang pertama tahun lepas iaitu untuk kebersihan kawasan setempat. PWDC kini sedang bekerjasama dengan MBPP untuk menjadikan PPR Jalan Sungai sebuah komuniti yang mesra-OKU dengan menukarguna dan mengubahsuai unit-unit pangsapuri tingkat bawah berdasarkan prinsip akses universal dan dengan kelengkapan mesra gender.
    2. Usahasama PWDC dengan MPSP pula telah membuahkan Kontrak Komuniti untuk menjaga kebersihan di PPR Ampangan, Ampang Jajar. Satu lagi projek, PWDC sedang menjalankan proses GRPB dengan MPSP untuk  menaiktaraf Taman Tengku di Seberang Perai dan membaikpulih Pasar Seberang Jaya.
    3. Kejayaan penglibatan PWDC melalui proses GRPB kini meraih perhatian dan telah menerima saranan untuk berusahasama dengan pihak kerajaan negeri menangani masalah di Blok E1 dan E2 Taman Indah di Seberang Perai.
    1. Setakat Mac 2015, sejumlah 2,334 orang wanita telah didaftarkan sebagai ahli Briged Wanita Pulau Pinang. Sebagai badan sukarela di bawah Kerajaan Negeri yang bertujuan memelihara kebajikan wanita di seluruh negeri dengan menjadi penghubung antara wanita setempat dan program bantuan wanita Kerajaan Negeri, Briged Wanita sedang berusaha mendaftarkan wanita setempat untuk program bantuan ibu tunggal, ibu emas, mammogram percuma dan skim mikrokredit PTSR. Sukacita saya memaklumkan bahawa setakat 30 September 2014, seramai 1,964 orang penerima telah mendapat manfaat PTSR dan daripada jumlah penerima ini, 1,089 orang atau 55.4% adalah merupakan peminjam wanita. Malahan, seramai 44,939 orang Ibu Emas telah didaftar untuk 2014 dan 5,613 orang Ibu Tunggal telah didaftar untuk tahun 2013-2014.
    1. Pada bulan November 2014, PWDC telah melancarkan Sistem Pemetaan TASKA Pulau Pinang iaitu portal untuk semua pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar di negeri ini. Sistem pemetaan ini sedang berfungsi sebagai pangkalan data untuk ibu bapa dan penjaga yang bekerja, dan menggalakkan pusat penjagaan kanak-kanak untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    1. Pada keseluruhannya, setakat ini, kesemua sesi “outreach” dan peningkatan kesedaran PWDC yang merangkumi gender, tadbir urus baik, keganasan terhadap wanita dan sebagainya telah mencapai lebih daripada 3,300 orang wanita dan lelaki di seluruh lima daerah. Peserta sesi-sesi ini termasuk kakitangan Kerajaan Tempatan, ahli-ahli komuniti dan JKKK, pelajar kolej dan sebagainya.
    2. Pada bulan November dan Disember 2014, PWDC telah merintis kempen Penang Goes Orange 2014, iaitu kempen peringkat negeri pertama bagi menentang keganasan terhadap wanita (VAW). PWDC telah bekerjasama dengan 24 rakan organisasi dan agensi dari pihak kerajaan, swasta dan NGO bagi kempen ini dan telah mendekati lebih daripada 1,000 penduduk dengan mesej kempen 16 hari ini.

    1)         Isu sosial

    Terima kasih kepada YB Tanjung Bungah kerana prihatin terhadap isu sokongan untuk golongan masyarakat, keluarga dan anak muda yang bermasalah, bagi mengelakkan situasi di mana kanak-kanak dan anak muda akhirnya menjadi mangsa buli, penganiayaan (termasuk penderaan seksual) dan pengabaian.

    Kerajaan Negeri Pulau Pinang percaya bahawa keharmonian masyarakat bermula daripada persekitaran rumahtangga dan awam yang bebas daripada keganasan – terutamanya keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, iaitu gejala sosial yang amat serius dan membinasakan. Komitmen Kerajaan Negeri untuk menjamin kesejahteraan wanita, kanak-kanak dan keluarga jelas dilihat melalui pelbagai usaha dan peruntukan.

    Pada November hingga Disember lepas, Kerajaan Negeri melalui PWDC telah menaja dan menganjur Kempen “Penang Goes Orange: Hentikan Keganasan, Hormati Wanita” pertama di Malaysia yang telah dilancarkan pada 25 November 2014 selaras dengan kempen antarabangsa yang dikenali sebagai “16 Days Against Gender Violence.” Untuk kempen ini, PWDC telah bekerjasama erat dengan 24 buah organisasi dari sektor kerajaan, swasta dan NGO untuk menganjurkan pelbagai program untuk komuniti, termasuk isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak, di mana “outreach” mesej kempen dianggarkan melebihi 1,000 orang rakyat Pulau Pinang dan Malaysia.

    Sepanjang tahun 2014 juga, MMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti telah menaja dan menjalankan program-program kesedaran ‘Keluarga Bahagia’ di kawasan Seberang Perai yang dihadiri oleh 775 orang dari JKKK, pusat khidmat ADUN, persatuan komuniti, NGO, PIBG, masyarakat setempat, dan lain-lain. Selain itu, pada tahun lepas MMK Pembangunan Wanita telah menganjurkan program-program komuniti seperti kem motivasi ‘I Believe I Can’ untuk kanak-kanak, bengkel ‘Stop Child Abuse and Neglect’, program kaunseling ‘Depression to Hope’, program anti-Keganasan Terhadap Wanita bersama PWDC, dan aktiviti-aktiviti untuk belia dan kanak-kanak berkeperluan khas. Program-program tersebut telah dihadiri oleh 2,191 orang termasuk belia dan kanak-kanak. Bagi tahun ini pula, sehingga akhir bulan Mac 2015, seramai 3,080 orang telah hadir ke program kesedaran komuniti seperti Hari Wanita Sedunia, ‘Stress-Free Lifestyle’, dan ‘Anti-Bullying’ yang kesemuanya ditaja oleh MMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

    2)         Isu had penggal YAB Ketua Menteri

    Saya menyambut baik niat YB Tanjung Bungah untuk meningkatkan peluang bagi wanita menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, namun saya kurang yakin bahawa cadangan beliau, iaitu untuk menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada 2 penggal, akan memberi jaminan kesaksamaan gender dalam politik dan kepimipinan. Mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap keberkesanan had penggal atau ‘term limit’, didapati bahawa had penggal secara sendirinya tidak semestinya membantu meningkatkan bilangan wakil rakyat wanita. Wanita dalam perwakilan dan kepimpinan politik menghadapi cabaran di pelbagai peringkat, bukan sahaja di peringkat Dewan Undangan Negeri misalnya tetapi juga dalam parti politik sendiri. Umpamanya, sekiranya Barisan Nasional memenangi PRU di Pulau Pinang, YB Teluk Ayer Tawar, walaupun beliau kini merupakan Ketua Pembangkang, hanya akan dapat memegang jawatan Ketua Menteri sekiranya beliau mengetuai parti UMNO Barisan Nasional di Pulau Pinang.

    Hakikatnya, apa yang diperlukan adalah langkah-langkah konkrit yang boleh meningkatkan jumlah ahli, calon dan pemimpin wanita yang berkelayakan di pelbagai peringkat. Misalnya, satu langkah yang boleh digunakan adalah penetapan kuota wanita dalam politik. Indonesia telah menjalankan reformasi dalam sistem pilihan rayanya sejak pendemokrasiannya pada tahun 1999 di mana kuota 30% wanita dan sistem perwakilan berkadar dikuatkuasakan.

    Harus disebut di sini bahawa  peratusan minimum 30% bukanlah satu had, tetapi merupakan anggaran bilangan “critical mass” yang diadaptasi daripada teori fizik tentang peratusan jisim minimum yang diperlukan untuk membawa perubahan kepada sesuatu situasi. Keberkesanan kuota gender dilihat di mana lebih daripada 100 negara di seluruh dunia telahpun melaksanakan mekanisme untuk memfasilitasi dan meningkatkan perwakilan wanita dalam Parlimen. Daripada 10 buah negara dengan bilangan Ahli Parlimen wanita yang tertinggi pada tahun 2009, 8 negara telah melaksanakan sebentuk kuota gender dalam undang-undang, dan 2 lagi mempunyai sistem pilihanraya perwakilan berkadar (“proportional representation electoral system”). Terdapat pelbagai bentuk kuota gender, misalnya kerusi rizab (“reserved seats”), kuota undang-undang, kuota parti dan sebagainya yang bolih membantu keadaan.

    Tahun lepas, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP telah mengumumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah memutuskan sebulat suara untuk mengemukakan cadangan untuk meminda Perlembagaan Parti DAP untuk memasukkan kuota 30% wanita bagi jawatankuasa CEC melalui pilihan. Sememangnya DAP komited untuk menggalakkan lebih ramai wanita menyertai parti dan menambah bilangan pemimpin wanita di Malaysia. Saya menyeru agar parti-parti lain, umpamanya UMNO, dapat mengikuti teladan ini dan menunjukkan komitmen untuk meningkatkan sumber bakat pemimpin wanita.

    3)         Isu Penyertaan Wanita Dalam Tenaga Kerja

    Di sini, saya ingin menyentuh isu penyertaan wanita dan belia dalam tenaga kerja yang dibangkitkan oleh YB Berapit. Saya difahamkan bahawa mengikut siri statistik Labour Force Survey Time Series Data 1982-2013 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, dianggar bahawa terdapat seramai 327,700 wanita dalam tenaga kerja di negeri Pulau Pinang pada tahun 2013, atau kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja sebanyak 57%. Daripada jumlah tersebut, dianggar bahawa seramai 321,300 wanita sedang bekerja dan seramai 6,500 wanita sedang menganggur, iaitu kadar pengangguran sebanyak 2%. Pada masa yang sama, seramai 247,300 wanita berada di luar tenaga kerja. Untuk perbandingan, bagi lelaki pula terdapat seramai 470,000 lelaki dalam tenaga kerja di negeri Pulau Pinang pada tahun 2013, atau kadar penyertaan lelaki dalam tenaga kerja sebanyak 81%. Daripada jumlah tersebut, dianggar bahawa seramai 463,000 lelaki sedang bekerja dan seramai 7,000 lelaki sedang menganggur, iaitu kadar pengangguran sebanyak 1.5%. Pada masa yang sama, seramai 110,200 lelaki berada di luar tenaga kerja.

    Kesimpulannya, kita dapat lihat dengan jelas bahawa perbezaan antara kadar penyertaan tenaga kerja lelaki berbanding wanita adalah sebanyak 24% iaitu jurang yang sungguh besar, malahan jumlah wanita di luar tenaga kerja adalah dua kali ganda berbanding dengan lelaki. Untuk makluman Dewan, definisi istilah ‘luar tenaga kerja’ menurut Jabatan Perangkaan Malaysia adalah ‘penduduk yang tidak dikelaskan sebagai bekerja atau menganggur, yang termasuk suri rumah, pelajar, mereka yang telah bersara atau tidak berkeupayaan dan mereka yang tidak berminat untuk mencari pekerjaan.

    Bagi golongan belia pula, kadar penyertaan tenaga buruh belia di negeri Pulau Pinang pada tahun 2013 adalah 14.0% untuk golongan berumur 15-19 tahun, dan 65.6% untuk golongan berumur 20-24 tahun.  Buat masa ini, statistik yang dapat diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia hanya merangkumi keseluruhan penyertaan tenaga buruh belia tetapi tidak merangkumi kadar pekerjaan / pengangguran berdasarkan golongan umur ini, berbeza dengan kategori lelaki dan wanita seperti disebut tadi. Oleh itu, statistik yang lebih terperinci tentang kadar pekerjaan dan pengangguran belia perlu diberi perhatian lanjut olih Jabatan Perangkaan supaya mendapat gambaran situasi yang lengkap. Walau bagaimanapun, harus diingati bahawa ramai belia dalam lingkungan umur ini sedang melanjutkan pelajaran, dan kemungkinan besar ini mempengaruhi statistik tersebut.

    Kita tidak dapat menafikan bahawa kekurangan wanita dalam tenaga buruh merupakan satu kerugian kepada negeri Pulau Pinang, dari segi ekonomi dan KDNK atau Keluaran Dalam Negara Kasar. Namun, harus diingati juga bahawa ramai wanita yang sebenarnya ingin bekerja di luar rumah, tetapi terhalang disebabkan tanggungjawab rumahtangga, penjagaan anak mahu pun warga emas, dan kekurangan tempat kerja yang mesra keluarga atau family-friendly. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Penang Institute tahun lepas yang bertajuk ‘Explaining Women’s Labour Force Participation: A Case Study of Penang,’ didapati bahawa kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh untuk kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Malaysia mencapai puncaknya bagi wanita dalam lingkungan 25-29 tahun, tetapi turun mendadak dan tidak naik lagi selepas itu. ‘Trend’ ini dipanggil ‘single-peak phenomenon’, iaitu kemungkinan besar bahawa wanita yang meninggalkan tenaga kerja – terutamanya selepas berkahwin dan melahirkan anak – tidak akan kembali ke kerja lagi. ‘Trend’ ini berbeza dengan ‘double-peak phenomenon’ di negara lain seperti Austria, Denmark, Finland, Norway, Sweden, United Kingdom, Australia, mahupun Egypt, Japan, Korea, Indonesia dan Philippines, di mana wanita mempunyai lebih banyak peluang untuk kembali ke kerja selepas beranak.

    Pada pendapat saya, jalan penyelesaian bagi isu kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh bukan sekadar membekalkan lebih banyak peluang pekerjaan, tetapi juga mencari jalan bagi mengekalkan wanita dalam tenaga buruh. Kajian Penang Institute yang disebut tadi telah pun mencadangkan beberapa cara penyelesaian yang boleh diambil – termasuk mengadakan kursus latihan semula dan peningkatan kemahiran bagi wanita yang ingin kembali bekerja, serta memupuk kemahiran keusahawanan dan bekerja sendiri. Selain itu, kajian Penang Institute menyarankan pengwujudan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak atau childcare yang berpatutan harga, serta tempat kerja yang mesra keluarga atau family-friendly yang mempraktikkan kerja jadual fleksibel (atau flexible working hours) dan cuti bersalin ibu serta bapa yang dilanjutkan (iaitu extended maternity and paternity leave). Namun, yang penting sekali, perubahan minda adalah perlu dalam masyarakat agar wanita dan lelaki sama-sama berkongsi tanggungjawab rumahtangga dan tugas penjagaan anak – dan ia tidak lagi menjadi tugas wanita sahaja.

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui PWDC sedang bergiat aktif untuk memupuk budaya dan nilai kesaksamaan gender di tempat kerja. Misalnya, PWDC telah menganjurkan siri seminar Lean In @ Penang yang diinspirasi oleh buku ‘Lean In: Women, Work and the Will To Lead’ yang ditulis oleh COO Facebook, Sheryl Sandberg. Siri seminar ‘Lean In @ Penang’ ini bukan sahaja mendekati wanita, tetapi juga lelaki profesional bagi membawa mesej tentang kesaksamaan gender di tempat kerja dan rumahtangga. Sejak 2013, 'Lean In @ Penang’ telah disertai oleh lebih daripada 300 peserta termasuk dari MBPP baru-baru ini, sempena Hari Wanita Sedunia 2015. PWDC juga sedang mengoperasi Taska D’KOMTAR iaitu taska di tempat kerja, yang diharapkan dapat menjadi model taska yang boleh diwar-warkan kepada syarikat-syarikat dan majikan-majikan di negeri Pulau Pinang bagi menggalakkan mereka membekalkan perkhidmatan yang serupa. Selain itu, PWDC telah melancarkan satu Sistem Pemetaan TASKA Pulau Pinang iaitu portal untuk semua pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar di negeri ini. Sistem pemetaan ini berfungsi sebagai pangkalan data untuk ibu bapa dan penjaga yang bekerja, dan menggalakkan pusat penjagaan kanak-kanak untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada masa yang sama, program Bajet Responsif Gender dan Partisipatori sedang diinstitusikan di dalam pengurusan kedua-dua kerajaan tempatan, Adalah diharapkan bahawa berkat kerjasama dari MBPP dan MPSP, faktor gender akan dipertimbangkan dalam pelbagai arena tadbir urus kerajaan termasuk usaha pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi wanita. 

    Di sini, saya berbalik kepada cadangan YB Berapit agar Kerajaan Negeri menubuhkan pusat pemulihan pekerjaan khasnya untuk kaum wanita yang ingin balik ke tempat bekerja. Selain itu, YB Berapit telah mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri menyediakan platform yang sesuai untuk wanita dan belia supaya menambahkan pendapatan mereka dengan mengaturkan masa sendiri. Contoh yang dibangkitkan YB Berapit adalah pusat cultural and creative industry yang berkait rapat dengan industri pelancongan. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan cadangan YB Berapit dan akan membuat kajian selanjutnya. 

    4)         Isu sara hidup ibu tunggal dan keluarga mereka

    Saya berterima kasih kepada YB Sungai Dua atas keprihatinan beliau terhadap isu kebajikan dan sara hidup ibu tunggal serta anak-anak mereka yang menghadapi pelbagai masalah termasuk masalah akhlak, tidak ke sekolah, dan sebagainya. Sebagai EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, saya mengambil serius perkara ini dan menghargai usaha YB-YB sekalian untuk membantu ibu tunggal dan keluarga mereka di kawasan masing-masing. Seperti yang diketahui umum, Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan RM100 bagi golongan ibu tunggal, di mana Briged Wanita Pulau Pinang bersama pejabat KADUN sedang membantu menyebarkan maklumat ini dan mendaftarkan pemohon ibu tunggal di kawasan masing-masing. Misalnya, dalam tahun 2013-2014, seramai 5,613 orang ibu tunggal telah berjaya didaftar. Pendaftaran di peringkat komuniti ini adalah penting kerana ramai ibu tunggal yang mungkin kekurangan akses atau pendedahan kepada program-program Kerajaan Negeri.

    Walaupun usaha membantu ibu tunggal menceburi sektor keusahawanan boleh sedikit sebanyak membantu membanteras kemiskinan yang kerapkali dihadapi oleh golongan ini serta anak-anak mereka, bukan semua ibu tunggal mempunyai kapasiti untuk menceburi bidang perniagaan dan intervensi yang berlainan mungkin diperlukan. Isu-isu yang dihadapi oleh ibu tunggal adalah rumit dan tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat tanpa pendekatan yang komprehensif dan tanpa sokongan pelbagai pihak. Misalnya, isu pembayaran nafkah penceraian dan sebagainya, di mana sistem undang-undang dan Mahkamah turut terlibat, juga merupakan faktor dalam situasi hidup ibu tunggal dan anak-anak mereka. Kerajaan Negeri juga sedia maklum bahawa antara strategi asas yang paling efektif untuk menyokong dan membantu golongan ini ialah dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berpatutan harga serta menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya.

    Pendek kata, saya mengambil maklum akan penekanan YB Sungai Dua terhadap kesejahteraan ibu tunggal dan keluarga mereka yang merangkumi pelbagai aspek termasuk isu sarahidup dan peluang sosioekonomi, persekolahan, dan kesihatan psikologi. 

     8)        Isu Jawatankuasa tentang isu transgender

    Saya menyambut baik keprihatinan YB Tanjung Bungah terhadap isu transgender dan seruan beliau agar hak asasi mereka dibela dan dihormati oleh semua, walaupun ada yang berbeza pendapat.

    Hari ini, saya telah terima notis mesyuarat daripada Pejabat KADUN Tanjung Bungah. Notis tersebut memaklumkan bahawa Mesyuarat Kedua & Perancangan Jawatankuasa Transgender akan dipangggil pada 4 Ogos 2015. Notis tersebut turut melampirkan Draf Cadangan Terma Rujukan Jawatankuasa. 

    Bagi saya, nama “Jawatankuasa Transgender” yang dinyatakan dalam surat notis itu kurang sesuai. Ia mungkin menimbulkan persepsi umum yang salah tentang skop jawatankuasa ini. Saya percaya isu ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan mulia ini pada sidang lepas.

    Draf Cadangan Terma Rujukan Jawatankuasa pula menyifatkan Jawatankuasa ini sebagai “Select Committee of Inquiry” iaitu “Jawatankuasa Khas Siasatan”. Terma ini juga tidak sesuai buat masa ini dan saya akan terangkan.

    Berikut adalah cadangan saya supaya matlamat dan skop Jawatankuasa ini dapat dicapai dan skop pelaksanaan tugasnya berjalan dengan lancar :

    a. Matlamat dan skop Jawatankuasa ini, seperti dipersetujui dalam sidang Dewan mulia ini yang lepas, adalah untuk membincangkan garispanduan yang boleh  diterima untuk menangani masalah yang dihadapi oleh golongan transgender, khususnya keganasan dalam lokap, masalah di hospital dan masalah penggunaan tandas awam.

    b. Buat masa ini, persoalan sama ada Jawatankuasa itu mempunyai kuasa dan skop kerja untuk menerima aduan dan membuat siasatan atau tidak masih belum diputuskan. Oleh itu, aspek “Inquiry” atau “Siasatan” yang dicadangkan dalam Terma Rujukan kurang sesuai.

    c. Selain itu, ini bukan lagi sebuah “Select Committee” atau “Jawatankuasa Khas” kerana untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas, Peraturan-Peraturan 102 dan 31(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memerlukan usul formal serta pemberitahu bertulis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum itu.

    d. Berkenaan dengan keahlian Jawatankuasa ini, saya ambil maklum bahawa selain daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan mulia ini, YB Tanjung Bungah juga telah menjemput dua orang Ahli Parlimen iaitu YB Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan YB Ng Wei Aik (Tanjong) ke mesyuarat Jawatankuasa pada 4 Ogos 2015. Ini tidak sesuai dilakukan tanpa persetujuan Dewan yang mulia ini.

    e. Saya cadangkan bahawa Jawatankuasa ini memulakan tugas dengan “fact finding” iaitu penentuan fakta melalui mesyuarat konsultasi dengan pihak polis (CPO), pihak berkuasa lokap, hospital dan pihak berkuasa tempatan iaitu MBPP dan MPSP.

    Sebagai wakil rakyat yang prihatin, kita mewakili kepentingan semua lapisan rakyat, baik golongan transgender mahupun golongan yang anti-transgender. Kita harus meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu, dan bukannya memaksa orang lain menerima pendirian kita tentang sesuatu isu begitu sahaja.

    Sikap belas kasihan dan ingin membela golongan tertindas memang mulia. Namun, niat murni semata-mata tidak memadai untuk menangani masalah sosial yang kompleks dan sensitif seperti ini.

    Saya percaya YB Tanjung Bungah telah diberikan sokongan yang lebih daripada mencukupi daripada ahli-ahli Dewan yang mulia ini selama hampir dua tahun (sejak Julai 2013)

    Saya menyeru agar YB Tanjung Bungah, selaku Pengerusi Jawatankuasa isu ini, mempertingkatkan usaha untuk mencapai hasil secepat mungkin. Saya amat berharap Dewan yang mulia ini akan menerima berita perkembangan positif pada sidang hadapan.

    B)        PEMANTAPAN BELIA

    Usaha memupuk, mengenalpasti dan mencungkil bakat-bakat baharu para belia dalam bidang sukan tidak semata-mata terletak di bahu agensi-agensi yang berkaitan tetapi juga peranan daripada pertubuhan serta persatuan di peringkat akar umbi amat penting kerana pertubuhan serta persatuan lebih dekat dengan para belia di tempat masing-masing

    Untuk itu, demi memastikan kelangsungan program pengukuhan jati diri dan yang bersifat merapatkan lagi hubungan belia setempat peringkat daerah, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) melalui pendekatan bersukan telah dengan kerjasama MMK Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Daerah dibawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang menganjurkan Kejohanan Bola Keranjang Piala PYDC Peringkat Daerah Tahun 2015 melibatkan kelima-lima daerah di Pulau Pinang bermula dari 26 April hingga 12 Mei 2015.

    Selain itu, antara lainnya, PYDC juga telah menganjurkan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala PYDC Peringkat Daerah yang berjaya di adakan di Daerah Barat Daya mulai 7 Februari 2015 yang lalu dimana ianya disertai oleh 16 buah pasukan melibatkan pelbagai pasukan seluruh Pulau Pinang bagi belia dibawah umur 35 tahun.

    Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, mulai tahun ini juga, MMK Belia dan Sukan juga telah memperkenalkan Sukan Komuniti Peringkat KADUN di seluruh Negeri Pulau Pinang untuk sepanjang tahun 2015. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada penganjuran program-program sukan dan belia di peringkat luar bandar. Program-program sukan komuniti ini akan dijalankan di semua KADUN yang mensasarkan golongan belia, dan warga setempat untuk beraktiviti bersama keluarga.

    C)        PEMBANGUNAN SUKAN

    "Arena sukan merupakan wahana (saluran) bagi negara untuk meningkatkan imej di seantero (seluruh) dunia" - Berpandukan kepada pegangan ini, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha gigih untuk melaksanakan pelbagai program pemerkasaan serta pemantapan atlet-atlet negeri bagi menghasilkan lebih banyak pengiktirafan serta kejayaan-kejayaan gemilang di arena sukan kebangsaan dan antarabangsa agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan diwakili.

    Kecemerlangan dalam sukan merupakan salah satu kaedah yang     menjana pembentukan imej sesebuah negeri atau negara dimana ianya berupaya untuk mewujudkan pengiktirafan secara global kepada negeri di mata dunia. Atlet yang cemerlang merupakan aset bernilai atau duta kecil negeri secara tidak langsungnya. Malahan itu, ada yang menganggap pencapaian atlet atau taraf kemajuan sukan sesebuah negara adalah juga petunjuk kepada pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh negara tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri amat menyokong dan menggalakkan sebarang usaha ke arah melahirkan atlet-atlet yang mencapai prestasi sukan tertinggi.

    Dalam aspek ini, Kerajaan Negeri melalui badan induk pembangunan sukan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sentiasa memberi penekanan kepada kumpulan-kumpulan sasar dalam sukan iaitu para atlet dan pegawai kerana mereka merupakan kumpulan terpenting dalam struktur perancangan ke arah mempertingkatkan kecemerlangan sukan negeri dan negara.

    Untuk iu, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui perancangan “Road to Sukan Malaysia 2015/2016” telah membentuk strategi pengukuhan ke arah pencapaian yang cemerlang berlandaskan pengukuhan jentera sukan negeri dan keupayaan institusi persatuan sukan negeri untuk mengalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan yang diwakili serta memastikan pembangunan sukan negeri Pulau Pinang dijalankan dengan lebih bersistem, cekap dan profesional.

    Pelan “Road to Sukan Malaysia 2015/2016” telah memberi penekanan terhadap perencanaan pembangunan atlet yang berkualiti tinggi dan program-program pembangunan sukan yang lebih spesifik serta komprehensif berpaksikan amalan sains sukan yang terbaru seiring dengan pembentukan modul-modul latihan yang menyeluruh.

    ELAUN ATLET MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

    Di bawah program pembangunan sukan negeri Pulau Pinang yang digerakkan melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, untuk memastikan atlet-atlet negeri yang cemerlang terus berada di Pulau Pinang. Antaranya adalah seperti berikut:-

    • Pelaksanaan Skim Atlet Elit yang merupakan program pembiayaan untuk penerusan latihan jangka panjang yang dibahagikan kepada dua (2) kategori mengikut status kemenangan pingat di Sukan Malaysia (SUKMA) iaitu Kategori A bagi mereka yang meraih pingat emas dibayar RM500.00 sebulan dan Kategori B bagi mereka yang meraih pingat Perak dan Gangsa dibayar RM300.00 sebulan serta pembiayaan latihan skuad SUKMA sebanyak RM50.00 sebulan kepada setiap atlet yang terpilih.
    • Secara keseluruhannya, pada tahun 2014, Majlis Sukan Negeri telah mengeluarkan pembayaran kepada atlet-atlet negeri Pulau Pinang berjumlah sebanyak RM 586,395.00 yang merangkumi Elaun Atlet Elit dan Elaun Skuad Latihan Sukan Malaysia 2015/2016 untuk 47 jenis sukan secara keseluruhannya.

    Manakala jumlah pembayaran dalam tahun 2015 Sehingga 17 April            2015   adalah seperti berikut:-

                a) Elaun Atlet Elit Negeri Pulau Pinang   - RM 59,600.00

                b) Elaun Skuad Latihan SUKMA 2015 dan 2016 - RM

                 64,250.00

    • Selain itu, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga memastikan kebajikan dan hal ehwal atlet-atlet diperkasakan melalui pembayaran elaun-elaun latihan dan elaun atlet elit diteruskan sepanjang tahun yang turut meliputi program seperti Skim Insurans Pegawai dan Atlet, Skim Atlet Elit, Latihan Projek Mutiara dan pemberian makanan tambahan berkhasiat “Supplement” kepada atlet-atlet negeri.
    • Selain itu, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang turut meneruskan pembayaran elaun latihan kepada atlet golf Bryan Teoh Wiyang dan atlet badminton wanita Goh Jin Wei dan atlet sebanyak RM1,000.00 yang diluluskan pemberian INSENTIF KHAS sejak tahun 2010 oleh Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan MSNPP.

     

    PENUTUP

    Yang Berhormat Dato' Yang Di Pertua,

    Saya mohon menyokong.

    Sekian, terima kasih.

    Statement by YB Chong Eng on JAIS's sermon on "tutup aurat prevents rape"

      PRESS STATEMENT FOR RELEASE

      9 February 2015

      JAIS’s Friday sermon message on “Tutup Aurat” gives misleading information on rape, smacks of victim-blaming, and shows male bias in religious leadership

      Last Friday 6th February 2015, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) delivered a sermon titled “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.”[1] In the sermon, JAIS said that Muslim women should cover up their ‘aurat’ to prevent “being harrassed physically or mentally… to prevent false accusations (fitnah),  evil gazes (pandangan yang jahat) and bad incidents (perkara yang buruk berlaku)… Negative incidents such as rape, illicit sex, and incest (rogol, zina, sumbang mahram) can be avoided.”

      Sadly, JAIS’s sermon is misinformed, irresponsible, disrespectful and smacks of male bias. This “tutup aurat” message does nothing to help female victims of sexual assault and abuse – but instead shifts the blame and responsibility for preventing sexual crimes onto victims, instead of the perpetrators!

      In reality, rape involves more complicated dynamics than failure to ‘tutup aurat.’ Many  clinical and psychological studies (from Groth, Holmstrom & Burgess in 1977 to Barbaree & Marshall in 1991) have discovered that power and anger are the most common motivations for rape.[2] Other studies (from Clarke & Lewis in 1977 to Darke in 1990) have linked rapists’ behaviors with the intention to humiliate victims – physically, mentally and verbally. In other words, rape is the result of unequal power relationships between perpetrators and victims. Instead of seeing rape as the result of ‘being tempted by a woman’, a more accurate interpretation would be a bully who picks a weak or vulnerable victim. This explains the horrifying statistic in 2010 that 50% of rape victims in Malaysia are under 16 years old![3]

      Also, there is plenty of evidence to contradict JAIS’s claim that ‘tutup aurat’ will prevent rape, sexual abuse and assault. In the case of Noor Suzaily Mukhtar who was raped and killed on a bus in 2000, she was wearing a long skirt and tudung.[4] Noor Suzaily Mukhtar is just one of many victims – including infants and children – who were ‘dressed decently’ at the time of the assault.  

      The fact is, ‘tutup aurat to prevent rape’ is a message that fails to address the main cause – which is blatant disrespect for women and girls of all ages and backgrounds in Malaysia. Excuses like ‘she deserved it’ only encourage sexual offenders and opportunists to get away blame-free. Instead of perpetuating this behavior, all boys and men should be taught to respect the right of others’ bodies and never force themselves on any female, whether young or old – and whether ‘tutup aurat’ or not. In fact, JAIS and all religious authorities in Malaysia should address this issue in future sermons, and sternly warn everyone not to break the law or commit acts of sexual violence.  

      Speaking of direspect for women, JAIS’s comparison of ‘women who do not cover up’ to ‘homes which are left unlocked’ is in poor taste. Although JAIS’s excuse is that this is a ‘simple analogy’, the fact is that a woman is not a house, an object, or a piece of meat to be used by anyone. A woman is a human being – and entitled to basic human rights, not to be harmed under any circumstances. JAIS’s ‘simple analogy’ reduces a woman’s worth to that of an object, and treats her as a passive piece of property that can be robbed, taken away and occupied by force. This ‘simple analogy’ is a feudal mentality that has no place in Malaysia today – and it must change.

      Last but not least, JAIS’s emphasis on women’s aurat and victim-blaming shows that Malaysia’s religious leadership lacks gender sensitivity and understanding of women’s issues. To counter this, there must be concrete efforts to increase women’s representation in all sectors – especially in religious leadership.

      CHONG ENG

      Penang State EXCO for Youth and Sports; Women, Family & Community Development

      Chairperson of Penang Women’s Development Corporation (PWDC)

       

      [1] http://e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahJumaat%28Rumi%2906022015.pdf

      [2] http://www.hawaii.edu/hivandaids/Behavioural_Characteristics_of_Rapists.pdf

      [3] http://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2010%2F8%2F1%2Fnation%2F6775682&sec=nation

      [4] http://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2008%2F8%2F3%2Flifefocus%2F1710462&

      Statement by YB Chong Eng on Datuk Shahrizat and Wanita UMNO's Pro-Sedition Act Campaign - 11 November 2014

        PRESS STATEMENT FOR RELEASE

        11 NOVEMBER 2014

        Datuk Seri Shahrizat and Wanita UMNO should campaign for gender equality instead of the Sedition Act

        On 9 November 2014, Wanita UMNO chief Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil announced that Wanita UMNO branches across Malaysia will launch a pro-Sedition Act campaign. The aim of this nationwide campaign is to collect 1 million signatures from the rakyat in support of the retention of the Sedition Act.[1] According to Datuk Seri Sharizat, Wanita UMNO will ‘hold forums and programs’ to educate the rakyat on the importance of retaining the Sedition Act for national security. Wanita UMNO will also send a memorandum to Prime Minister Datuk Seri Najib on this matter.[2]

        I want to remind Datuk Seri Shahrizat that her chief responsibility is to speak up for the women of Malaysia – not to be a pawn for her political masters. She has more important work to do than to repress human rights and stifle the voices of Malaysians.

        Surely Datuk Seri Shahrizat, as the first and former Minister of Women, Family and Community Development, is aware of the continuing poverty, inequality and violence faced by women in Malaysia today. Surely Datuk Seri Shahrizat, as current Special Advisor to the Prime Minister on women entrepreneurs and professionals,[3] is aware of the discrimination, institutional and social barriers faced by women at work.

        Year to year, Malaysia’s gender gaps are worsening. Our ranking in the World Economic Forum’s Global Gender Gap Report has slid from 102 out of 136 in 2013 to 107 out of 142 in 2014.[4] In fact, since the first Global Gender Gap Report in 2006, Malaysia has made almost no progress compared to its peers.[5] However, in these last 2 years, I have not heard Datuk Seri Shahrizat say much about how to improve the status of Malaysian women in the economy, education, healthcare and politics.

        I call on Datuk Seri Shahrizat to use her position as Wanita UMNO chief, and her experience as former Minister of Women, Family and Community Development, to speak up and mobilize Malaysians in support of Malaysian women.

        If Datuk Seri Shahrizat and Wanita UMNO want to campaign across Malaysia in support of a cause, she should focus on women’s rights instead of the Sedition Act.

        If Datuk Seri Shahrizat and Wanita UMNO want to educate the rakyat on a critical national issue, she should talk about gender equality and social justice instead of spreading fear throughout Malaysia.

        If Datuk Seri Shahrizat and Wanita UMNO want to submit a memorandum to Prime Minister Najib, she should push for 30% women quotas to ensure more women’s representation in electoral politics, public service and decision-making positions.

        Let us have a campaign for 1 million signatures on any of these issues – against Violence Against Women, for 30% women quotas in politics and leadership, for the welfare of poor, oppressed and marginalized women, and for the rights of children.

        Let us have a campaign for 1 million signatures to uplift our Malaysian women – instead of 1 million signatures to silence and oppress our Malaysian rakyat.

        Datuk Seri Shahrizat should not shortchange the rakyat nor her own dignity by serving as a pawn to her male political masters. The women of Malaysia, including Wanita UMNO, deserve far better.

        CHONG ENG

        Penang State EXCO for Youth and Sports; Women, Family & Community Development

        Chairperson of Penang Women’s Development Corporation (PWDC)

        Statement by YB Chong Eng on Women Representation in Politics - 31 October 2014

          PRESS STATEMENT FOR RELEASE

          31 OCTOBER 2014

          MALAYSIA SHOULD CONSIDER INDONESIA'S MODEL TO INCREASE WOMEN LEADERS IN POLITICS

          On 26 October 2014, Indonesia achieved a milestone with the appointment of a record 8 women ministers to President Joko Widodo’s 34-person Cabinet, including the first female foreign affairs minister.

          These historic appointments are part of a rising trend in women’s political representation in Indonesia’s maturing democracy. In the 2014 Indonesian elections, the number of women candidates was a commendable 37% (2,467 of 6,619 candidates) which had increased from 30% in 2009. In the 2009 elections, women held 18.2% or 108 seats in Indonesia’s Dewan Perwakilan Rakyat, an increase from 11 percent in 2004.

          In contrast, Malaysia is far behind at both the Executive and Legislative level. Out of Malaysia’s current Cabinet of 35 ministers, only 2 of them are women. In the 2013 Parliamentary elections, only 10.7% or 56 out of 523 candidates from all parties were women. At present, women now hold only 10.4% or 23 seats in Parliament, which is a percentage that has failed to improve since 1999. 

          To add insult to injury, Malaysia’s ranking in the recently released World Economic Forum’s Global Gender Gap Report 2014 confirms our worsening international record. The Political Empowerment Index takes into consideration the numbers of women in Parliament, women in Ministerial positions and years with a female head of state. Malaysia’s Index ranking is an embarrassing 132 out of 142 countries, second worst in ASEAN before Brunei which ranks 142 and does not even hold elections. Indonesia is far ahead of us at 86 out of 142.[1]

          Why has Indonesia overtaken us so drastically? Why is women’s political representation in Indonesia on the increase while in Malaysia it has remained stagnant? The answers lie in Indonesia’s electoral reforms made since its democratization in 1999 – especially the 30% women’s quota and its proportional representation system.

          The 30% women’s quota was first introduced through Article 65(1) of the Electoral Law 12/2003, which said that each political party participating in the election should ‘bear in its heart’ the desirability of a minimum of 30 percent of women in each region for the national, provincial and district-level legislators in their lists of electoral candidates. Although this was a non-compulsory quota, this was later amended by Article 55 of the Electoral Law 10/2008 which stipulated that at least one in every three candidates on a political party’s list must be a woman.

          In recent times, political parties whose candidate lists did not fulfil this quota have been barred from competing in that particular electoral district. Earlier in 2014, the General Election Commission (Komisi Pemilihan Umum or KPU) actually disqualified 77 candidates from five parties in seven electoral districts because they did not meet the 30 percent threshold. Because of the KPU’s strong enforcement, the 30 percent quota was upheld in nearly all electoral districts across Indonesia.[2] 

          Indonesia also has a proportional representation electoral system, which improves the chances of women and minority candidates and gives smaller parties a fair shot at obtaining a seat. The effectiveness of proportional representation is backed by research from the Inter-Parliamentary Union, which found that internationally this system delivered a much higher percentage of women MPs (25%) in 2012 than first-past-the-post which is practiced by Malaysia (14%) or a mixture of these two systems (17.5%).[3]

          If we in Malaysia wish to catch up with Indonesia and other maturing democracies, we should commit to increasing women’s political representation through concrete actions.

          I call on the Barisan Nasional Government to table amendments to the Elections Act adopting a 30% women candidate quota for all political parties contesting in future elections at the Parliament and State Assembly level, as in the case of Indonesia. The Election Commission must also seriously consider reforming our existing first-past-the-post-system to a proportional representation system.

          CHONG ENG

          Penang State EXCO for Youth and Sports; Women, Family & Community Development

          Chairperson of Penang Women’s Development Corporation (PWDC) 


          PWDC APPOINTS NEW CEO

            PRESS RELEASE

            1 SEPTEMBER 2014

            PWDC APPOINTS ALOYAH A. BAKAR AS CEO

            Aloyah A. Bakar has been appointed as the Chief Executive Officer (CEO) of Penang Women’s Development Corporation (PWDC) effective of 1 September 2014.

            Prior to her appointment as the CEO of PWDC, Aloyah was the Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) Project Director, a position that she held from January 2012 to August 2014.

            From May 2014 to August 2014, Aloyah was the acting Officer-in-Charge of PWDC.

            As the GRPB Project Director, Aloyah has been instrumental in steering its pilot projects. In her announcement of the news, Penang State EXCO for Youth and Sports, Women, Family and Community Development YB Chong Eng commended Aloyah on her good work with PWDC thus far.

            “I am pleased to share that GRPB has achieved sufficient success to be duly recognised for a special mention award by the International Observatory on Participatory Democracy (IOPD) in June this year,” said.

            “With Aloyah’s diverse and extensive experiences culled from working in the corporate, multi-national companies and the NGOs, I am fully confident that she will continue to lead and drive PWDC towards achieving its set vision and mission,” said Chong Eng.

            New CEO

            Aloyah A. Bakar studied Hotel and Catering Management at UiTM Shah Alam, Selangor, and began her career at Rasa Sayang Hotel where she worked for five years, ending as a Personnel Officer in the Human Resource Department. From there, she joined IBM as a Personnel Analyst overseeing Employee Development and Employee Relations and later was appointed Programme Manager in charge of Management Development. She was subsequently promoted to Programme Manager with the IBM Quality Institute, Asia Pacific Group. In 1990, she joined PT Sumatera Rotanindo in Medan, Indonesia as Director and in 1995 was appointed Director of Scansia Sdn. Bhd. in Kedah to revamp the organization. A stint with an international women's NGO earned the Penang Chapter two international awards for her successful project making positive differences in women's and young girls' lives. She rejoined the private sector as a Director of Human Resource & Education with the Asian Global Business Group and left to join the Penang Women's Development Corporation (PWDC), to continue her life-learning in bringing about positive change in people’s lives.

            Archive

              2013


              2012

              Back To Top