Catan Kulit ç•«çš®

    Catan Kulit ç•«çš®

     

    (By discovering the mystical significance of the mask, it inspired bodies to move and dance. The integration of puppets and live music enhances the intensity of dramatic ambiance on stage.)

     

    Ada seorang penuntut ilmu bernama Awang. Dia dari Kampung Pontianak. Suatu hari, ketika berjalan-jalan di pekan, dia terserempak dengan seorang gadis yang lawa. “Bang, kasihan dik ni. Kedua-dua orang tua dik tamak. Mereka menjual dik ke rumah orang kaya. Dik dihina dan diseksa oleh isteri pertama tuan rumah. Dik tak tahan dan larikan diri ke sini.” Gadis lawa itu menangis meratapi nasibnya yang malang. Awang berasa simpati terhadap gadis lawa itu. Gadis lawa itu tiada tempat berteduh dan terpaksa menumpang di rumah Awang.

     

    TICKETING PRICE

    • RM38 for Adults

    • RM28 for Students, Disabled, TAS / Senior Privilege Card  Holders, Senior Citizens

     

    Get tickets from iLasso or call penangpac at 04-899 1722 / 2722

     

    VENUE

    • stage 2, penangpac
     

    DATE(S)

    • 23 Nov 2012 to 24 Nov 2012 @ 8:30pm
     

    OTHER DETAILS

    • Genre : Dance Drama
    • Language : N/A
    • Age Limit   : >12



     

    (By discovering the mystical significance of the mask, it inspired bodies to move and dance. The integration of puppets and live music enhances the intensity of dramatic ambiance on stage.)

     

    Ada seorang penuntut ilmu bernama Awang. Dia dari Kampung Pontianak. Suatu hari, ketika berjalan-jalan di pekan, dia terserempak dengan seorang gadis yang lawa. “Bang, kasihan dik ni. Kedua-dua orang tua dik tamak. Mereka menjual dik ke rumah orang kaya. Dik dihina dan diseksa oleh isteri pertama tuan rumah. Dik tak tahan dan larikan diri ke sini.” Gadis lawa itu menangis meratapi nasibnya yang malang. Awang berasa simpati terhadap gadis lawa itu. Gadis lawa itu tiada tempat berteduh dan terpaksa menumpang di rumah Awang.

     

    Keesokan harinya, Awang terserempak dengan tok bomoh di pekan. “Awak ni nak ke mana? Muka nampak pucat lesi, tak bermaya, mata terjegil macam Pontianak !” Tok bomoh itu menegur Awang. Awang berasa pelik dan keliru dengan kata-kata tok bomoh. Awang mula mensyaki gadis lawa yang menumpang di rumahnya. Awang mula berfikir sejenak, “Gadis di rumah aku tu nampak lawa je. Tak kan hantu kut. Aku tak percaya la…” Awang meragui niat tok bomoh lalu mengabaikan kata-katanya.

     

    Setibanya di rumah, Awang mendapati bahawa pintu biliknya tertutup. Dia mengintai dari celah pintu. Dari situ Awang ternampak hantu yang bermuka hijau dan bergigi tajam. Hantu itu sedang memegang berus lalu menyapu warna ke atas sekeping kulit muka. Setelah siap, hantu itu memakai kulit muka. Akhirnya hantu itu berubah menjadi gadis yang lawa.