May/Mei 2013
Admission/Kemasukan : FREE/ PERCUMA
Satu ciri utama sesebuah sistem demokrasi ialah penyertaan rakyat yang penuh dan bermakna dalam menyuarakan pandangan tentang isu-isu yang mempunyai impak ke atas kehidupan seharian merekan.
Adalah penting supaya suara rakyat biasa, khususnya di peringkat akar umbi atau grassroots,diambil kira dalam setiap peringkat proses pengambilan keputusan (decision-making), mahupun di peringkat yang tertinggi, demi memastikan bahawa dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan atau pihak berkuasa tempatan mencerminkan realiti sosial komuniti setemat supaya penyelesaian yang strategik, efektif dan praktikal dapat dicapai. Wanita yang merupakan surirumah, ibu tunggal atau peniaga kecil di kampung tidak kurang penting suaranya mahupun haknya sebagai rakyat dan warganegara yang mampu dan bertanggungjawab untuk menyumbang kepada pembinaan negara dan masyarakat yang maju.
Dengan perspektif demikian, PWDC dengan kerjasama beberapa organisasi tempatan akan menganjurkan sebuah Dialog Suara Wanita Daerah Timur Laut.
Kami mendukung usaha kerajaan negeri Pulau Pinang dalam meningkatkan penyertaan wanita dalam semua bentuk pembangunan dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Rubini Maheswaran dari PWDC (e-mel: rubini.maheswaran@pwdc-1.org.my) di No. Tel 04-261 2835/5261.
Sekian, terima kasih.



