Different People,
Different Communities,
Different Needs

Kampung Sungai Chenaam

    Kampung Sungai Chenaam

    Bahasa Malaysia Version
    Bagi tahun kedua pelaksanaan projek Bajet Responsif Partisapatori Gender (GRPB), Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bercadang untuk memperluaskan lagi kawasan liputan ke Seberang Perai Selatan (SPS). Pegawai Daerah SPS, Puan Hajah Rohani Hassan mensyorkan Kampung Sungai Chenaam diangkat sebagai kawasan untuk projek GRPB.

     

    Perbedaan pegangan politik di Kampung Sungai Chenaam, permulaannya agak menyukarkan projek GRPB ini dilaksanakan, tetapi tanggal 8 November 2013 sejarah mula tercipta. Kumpulan projek GRPB pertama kalinya berjaya bertemu penduduk yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Pegawai Penyelaras KADUN Sungai Acheh, En. Mohamad Razak dan memberi taklimat pengenalan PWDC serta kepentingan projek GRPB. Pada 14 November 2013 pertemuaan bersama penduduk yang mewakili parti UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Haron, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan pada 22 November 2013 bertempat di Markas Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sungai Acheh pertemuan bersama Jawatankuasa PAS Sungai Acheh yang di ketuai oleh En. Zambri, Setiausaha PAS Sungai Acheh.

    Dengan kerjasama erat dari pimpinan masyarakat, pimpinan politik dan penduduk kampung pada 12 Januari 2014, sejarah sekali lagi tercipta dengan kejayaan Karnival Kampung Sungai Chenaam 2014, kehadiran hampir 500 orang.

    Dibawah projek Local Action 21 (LA 21), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 10 Februari 2014, penerangan kitar semula dan pratikal membuat sabun dari bahan kitar semula. Program ini khususnya untuk kaum wanita serta belia disamping boleh dijadikan sebagai punca pendapatan sampingan dan secara tidak langsung mencapai misi MPSP iaitu dapat mengurangkan pembuangan sampah dari Kampung Sungai Chenaam.

    2 April 2014, Zakat Pulau Pinang dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) menandatangani Kontrak Perkhidmatan Bersama dalam bancian penduduk Kampung Sungai Chenaam bermula 3 April sehingga 4 Mei 2014.

    4 Pembantu Penyelidik (RA) daripada Projek Bajet GRPB ini telah melaksanakan bancian, 71% iaitu 221 buah rumah daripada 310 jumlah berjaya dibanci. Pandangan, cadangan dan maklum balas daripada bancian akan dibawa kepada perbincangan lanjut dalam Fasa 2, iaitu Kumpulan Tumpu Bincang (KTB) yang akan bermula pertengahan Mei 2014 ini. Fasa 3, Keutamaan Keperluan & Bajet melalui undian akan dilaksanakan pada bulan Jun 2014 dan Fasa 4, Rancang & Bentang Bajet kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Kerajaan Negeri pada bulan Julai 2014.

    Pelbagai aktiviti telah dirancang sejajar dengan prinsip-prinsip kesaksamaan substantive mengarusperdanakan gender dalam dasar dan program untuk semua kelompok bagi mencapai keadilan sosial. Sejarah akan terus tercipta demi rakyat Kampung Sungai Chenaam.