Sunday, 24th February 2013
Time: 8:30am - 1pm
Venue: Dewan JKKK Simpang Empat Permatang Buluh, Kepala Batas , Seberang Perai Utara.
Dialog anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang (Penang Women’s Development Corporation, PWDC) bersama dengan Persatuan Kebajikan Wanita MAWAR Pulau Pinang telah dihadiri lebih kurang 75 orang peserta dari kawasan sekitar Seberang Perai Utara. Matlamat Dialog ini adalah, pertamanya, untuk menyampaikan maklumat tentang program-program kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertujuan untuk memerkasai dan meningkatkan kapasiti wanita; kedua, dan yang amat penting, untuk mendapatkan maklumbalas terperinci daripada kaum wanita setempat tentang isu-isu utama yang mereka hadapi dan akhirnya, untuk membantu proses perangkaan cadangan Pelan Tindakan Wanita setempat daerah Seberang Perai Utara.