• Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All
  • Gender Equality for All

Events

Kursus Induksi Briged Wanita (Bahasa Tamil) Seberang Perai

    Saturday, 22nd February 2014

    Time: 9:00am - 1:00pm

    Venue: Summit Hotel, Bukit Mertajam, Seberang Perai Utara

    For Briged Wanita members only

    TASKA D’ KOMTAR

      *Image credits to St.Mark Child Development Centre

       

      PENDAFTARAN DIBUKA UNTUK TASKA D’ KOMTAR

      Taska D’ Komtar adalah satu inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memberi kemudahan perkhidmatan pengasuhan kanak- kanak kepada kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan agensi-agensi di bawahnya. Taska D’ Komtar terletak di Tingkat 4, Komtar (di atas Kedai Watson) dan akan menawarkan perkhidmatan jagaan kanak-kanak bagi kanak-kanak antara umur 3 bulan sehingga 4 tahun.

      Waktu operasi Taska D’ Komtar adalah daripada jam 7.00 pagi sehingga 6.00 petang , Isnin sehingga Jumaat, dan tutup pada semua cuti umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Taska D’ Komtar dijadualkan memulakan operasinya pada Khamis, 2hb Januari 2014.

      Satu sesi Taklimat telah diadakan pada 19hb Disember 2013(Khamis) di Auditorium C, Tingkat 5 di KOMTAR untuk menjelaskan perkhidmatan yang disediakan oleh Taska D’ Komtar. Beberapa maklumat pendaftaran ke Taska D’ Komtar adalah seperti berikut:

      Kursus Induksi Briged Wanita Pulau Pinang (Daerah Timur Laut)

        Friday, 30th August 2013

        Briged Wanita Pulau Pinang adalah sebuah inisiatif kerajaan negeri yang bertujuan untuk memobilisasi dan mendaftar wanita di Pulau Pinang untuk menerima manfaat daripada program-program kerajaan negeri, khususnya bantuan ibu tunggal, penghargaan untuk ibu emas, pemeriksaan mammogram percuma dan skim pinjaman mikrokredit.

        Briged Wanita Pulau Pinang dilancarkan oleh Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng pada 22 Jun 2013 di Dewan Auditorium A, KOMTAR.Sejak pelancaran, Jawatankuasa Briged Wanita Pulau Pinang Peringkat Negeri, dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan dua Kursus Induksi Briged Wanita Pulau Pinang di seluruh Pulau Pinang. Kursus pertama menyusuli majlis pelancaran pada 22 Jun 2013, di mana 276 orang peserta dari seluruh negeri hadir. Kursus yang kedua dianjurkan dalam Bahasa Mandarin di peringkat Seberang Perai, di mana 93 peserta hadir, untuk membantu ahli-ahli Briged Wanita yang kurang fasih dalam Bahasa Malaysia. Kursus-kursus dalam Bahasa Tamil juga sedang dalam proses perancangan.

        Kursus Induksi Briged Wanita Pulau Pinang (Daerah Timur Laut) yang dijadualkan pada 1 September 2013merupakan yang pertama dijalankan di peringkat daerah. Kursus peringkat daerah yang lain telah dirancang iaitu pada 21 September 2013di Daerah Barat Daya, 12 Oktober 2013 di Seberang Perai Tengah, 26 Oktober 2013 di Seberang Perai Selatan, dan 9 November 2013 di Seberang Perai Utara. Kesemua kursus peringkat daerah akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

        Kursus Induksi ini bertujuan untuk membiasakan ahli Briged Wanita dengan proses kerja dan peranan mereka, menyampaikan maklumat tentang program-program kerajaan negeri Pulau Pinang untuk kaum wanita dan memberikan pengetahuan asas tentang kepimpinan dan peranan lelaki dan wanita dalam tadbir urus baik.

        Seramai lebih daripada 100 orang peserta daripada Daerah Timur Laut dijangka akan menghadiri kursus pada 1 September 2013 ini, yang akan berlangsung selama separuh hari.

        Kursus Induksi Daerah Timur Laut akan dirasmikan oleh YB Puan Chong Eng, Ahli Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Briged Wanita peringkat Negeri Pulau Pinang.

        Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Penyelaras Kursus Induksi Briged Wanita PWDC, Cik Ramlah Bee di talian (04) 2612835 atau emel: brigedwanita@pwdc-1.org.my

        Penduduk PPR Ampangan Menikmati Wajah Baru Taman Rekreasi

          Sunday, 25th August 2013

          Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampangan, Ampang Jajar meraikan pembukaan rasmi Taman Rekreasi, yang dahulunya merupakan taman permainan kanak-kanak yang kecil. Projek penambahan kemudahan Taman Rekreasi ini termasuk pembinaan 2 unit wakaf, 1 tapak refleksiologi dan 4 unit outdoor gym, sesuai dengan permintaan dari penduduk PPR Ampangan sendiri melalui Projek Perintis Bajet Responsif Gender (BRG) yang dijalankan sejak April 2012 lagi. Perasmian telah diadakan di Dewan Orang Ramai PPR Ampangan dan dirasmikan oleh YDP Puan Maimunah Mohd Sharif, selaku Presiden Majlis Perbandaran Seberang Perai.

          Projek Perintis BRG yang berjalan selama 3 tahun ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dijalankan melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (Penang Women’s Development Corporation - PWDC)) adalah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan dibantu oleh LA21 Ampangan yang mewakili penduduk PPR Ampangan.

          Protecting our children: Evaluating statutory rape laws

            Sunday, 2nd June 2014

            Venue: Wawasan Open University, Penang

            Time: 2.00 pm - 5.00 pm

            Admission: FREE

            In recent times, we have witnessed what appears to be an increasing leniency on the part of the Malaysian justice system towards case involving sex with minors. In August last year, two offenders in two separate cases escaped jail sentences due to the courts citing, among other things, the offenders' "bright future", as reasons for withholding incarceration.

            “Family as School of Love & Peace” Conference

              Saturday, 15th June 2013

              Venue: Equatorial Hotel, Penang

              Time: 8.00 am - 5.00 pm

              Admission: RM30.00

              A Peace Conference with the theme“Family as School of Love & Peace”to be convened atEquatorial Hotel, Penang on 15 June 2013 (Saturday), 8am-5pm. This conference is organized by Women's Federation for World Peace Malaysia (WFWP) and Global Women's Peace Network.

              Back To Top